Monday, May 18, 2009

Kursus Soft Skills ..Part 1

Salam.
Dekat seminggu blog bersawang. Masa untuk singgah di sini, terlalu singkat ...komitmen terhadap tugas perlu diutamakan dulu.
Dari 18 Mei hingga 20 Mei ...Aku mengikuti Kursus Soft Skill yang dianjurkan oleh Cik Kaunselor ditempat kerjaku. Tempatnya..di Hotel di Kaki Gunung Kinabalu. Apa yang aku boleh gambarkan mengenai tempat ni...sejuk , suasana sedap mata memandang , cantiknya ciptaan yang maha esa. Tapi aku lupa nak snap picture yang cantik-cantik untuk dimasukkan dalam blog ini.
Sebelum tirai dilabuhkan..terima kasih kepada Boss - Boss yang dihormati dan baik selalu ...Encik Baby Sihat, Encik Senyum Menawan dan Cik Puan Besar kerana bagi permission dan pelepasan untuk ikuti kursus ini. Thanks so much.
Kepercayaan kalian tidak akan dipersiakan

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu



Untuk Bonda tersayang...
Rindu, Rindu , Rindu Kalbu
Memanggil - manggil nama mu
Seperti terbang di langitmu
tenggelam dilautan cintamu
Tiada ungkapan kata yang dapat membalas pengorbanan mu selama ini,
Semangatmu menjadikan aku kuat
Bila ku berduka kau tempatku mengadu
Tak dapat ku lupakan tiap waktu
Tempatku menyerah kasih
Sesungguhnya kasih sayangmu bonda adalah keramat bagi ku.
Selamat Hari Ibu ,

buat Bonda Tercinta Hjh. Dg. Amit Pg. Maladin.
Kasih mu ...Ibarat bunga seharum mekar bunga
mewangi setiap masa

















Setahun di Kampung Halaman...Kota Kinabalu


Genap setahun aku berkhidmat di kampung halaman sendiri. Selepas hampir 10 tahun berada di perantauan ( sebut perantauan ...kes sensitif menjelang bulan ramadhan dan syawal lagi -lagi bila awal ramadhan dan dua minggu sebelum syawal menjelma ) .

Aku gembira bertugas di kampung halaman sendiri.

Kenapa ....dapat tugasan baru, teman baru dan hari - hari dapat merasa makanan masakan emak.

Paling best dapat rakan sekerja dan boss yang memang profesional.

Boss yang aku gelarkan Encik Baby Sihat, Cik Kaunselor , jiran sebelah biliku Encik Pegawai MA dan staff yang memang baik dan sentiasa berikan kerjasama yang baik.

Pada tempat kerjaku yang lama di Pusat Pentadbiran Kerajaan di Presint 2 di Wilayah Persekutuan Putrajaya...banyak kenangan suka duka sepanjang hampir 5 tahun di sana. Pada staff lama ku yang sentiasa memberi sokongan padaku, kalian akan tetap di hati.

Potret senja ditepi pantai yang aku letakkan untuk entri kali ini membawa seribu makna ...

Thursday, May 7, 2009

Salam Dari Bumi Di Bawah Bayu




















Bermula cerita dari bumi di bawah bayu. Lama rasanya rancangan untuk punyai blog sendiri seringkali tergendala lantaran terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat dan juga keluar daerah.
Bukan untuk menjaja cerita dan untuk menagih simpati, tapi bila tiada tempat untuk meluah rasa dek masalah dalam kehidupan seharian.
Blog ini tidaklah sehebat blog Saudara Amir Mahmood Razak ( Notewoxer ) atau Blog Suhaimi Sulaiman, tapi di sinilah tempat aku meluah rasa, bila tiada siapa yang sudi untuk mendengar cerita.
Kepada yang sudi singgah di sini, terima kasih daun keladi. Janji ku, kalau tidak sibuk pasti akan ada cerita dikongsi bersama untuk tatapan bersama.