Genap setahun aku berkhidmat di kampung halaman sendiri. Selepas hampir 10 tahun berada di perantauan ( sebut perantauan ...kes sensitif menjelang bulan ramadhan dan syawal lagi -lagi bila awal ramadhan dan dua minggu sebelum syawal menjelma ) .
Aku gembira bertugas di kampung halaman sendiri.
Kenapa ....dapat tugasan baru, teman baru dan hari - hari dapat merasa makanan masakan emak.
Paling best dapat rakan sekerja dan boss yang memang profesional.
Boss yang aku gelarkan Encik Baby Sihat, Cik Kaunselor , jiran sebelah biliku Encik Pegawai MA dan staff yang memang baik dan sentiasa berikan kerjasama yang baik.
Pada tempat kerjaku yang lama di Pusat Pentadbiran Kerajaan di Presint 2 di Wilayah Persekutuan Putrajaya...banyak kenangan suka duka sepanjang hampir 5 tahun di sana. Pada staff lama ku yang sentiasa memberi sokongan padaku, kalian akan tetap di hati.
Potret senja ditepi pantai yang aku letakkan untuk entri kali ini membawa seribu makna ...
2 comments:
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...better hujan emas di negeri orang...copek den kayo...hehehehe
Copek den kayo....Wang bukan segala-galanya. Bila hati dah mula bosan dan kita buat kerja yang sama utk tempoh yang lama ...rasa bosan akan mula timbul.. time tu produktiviti akan mula menurun. So it's better for me to make a move.
Post a Comment